Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Jom Sertai Konvoi Nasional VIVA GAZA !!

  • Sunday, April 11, 2010
  • Nasyeed Club IIC
  • JOM SERTAI KONVOI NASIONAL VIVA GAZA!!!

    (Logo Konvoi Nasional Viva Gaza)
    "Talian Hayat dari Malaysia ke Gaza"

    Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan program ”KONVOI NASIONAL VIVA GAZA” pada 08 Mei 2010 yang melibatkan 500 ke 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia menuju ke Shah Alam (semua konvoi berkumpul di Shah Alam). Tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan padu kepada saudara kita yang berada di GAZA Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa. Kiblat pertama umat Islam dan saudara yang terkepung di GAZA wajib dibebaskan oleh umat Islam seluruh dunia. Tambahan, konvoi ini juga mempunyai "tabung kutipan dana untuk palestin". Tabung ini akan berjalan sekitar konvoi ini berlangsung. Para Artis nasyid juga dijemput hadir bagi menjayakan program ini.

    Untuk makluman pihak tuan/puan, satu konvoi yang terdiri dari 20 kapal dari seluruh dunia, akan bergerak dari Turki ke pantai Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. MAPIM sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia sedang mengusahakan bantuan dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut. Sehubungan dengan itu, marilah bersama-sama kita menjayakan konvoi nasional 8 Mei 2010 ini bersama-sama menunjukkan sokongan padu kita walaupun kita tidak dapat bersama-sama menyertai konvoi menaiki Kapal ke Gaza. JIHAD FISABILILLAH!

    ~s/u NC~

    2 comments:

    muain said...

    muain9092(Pres.Nasyeed Club 2010/11)
    Pada 8 mei kita sma2 mengegarkan stadiuym malawati,Shah Alam...bktikn pda dunia kuasa Studnt d malaysia begitu bersunggh2 menolak/menentantg keganasan Israel!!! Takbir!

    simpang3/// said...

    allahuakhbar.....
    bersama kita berdoa agar keganasan israel terhadap saudara seislam kita cepat pergi dan saudara seislam kita di sana dapat pertahankan masjid al aqsa....

    Post a Comment