Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Jemputan ke Konsert Antara Dunia '09 (KAD '09)

  • Wednesday, July 22, 2009
  • Nasyeed Club IIC
  • Malaysia kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan tahun; Konsert Antara Dunia `09 (KAD `09).

    Dengan menampilkan ‘otai-otai' nasyid seperti Rabbani (Malaysia), Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia), konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.
    Konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama iLuvislam.com sebagai 'media partner' diadakan bersempena memeriahkan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam (KLCIC) di samping meraikan bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan yang akan disambut pada hujung bulan Ogos.

    Bertemakan konsep `Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah', konsert ini merupakan konsert besar-besaran yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan mahasiswa (GAMIS) dan artis nasyid tanah air (Rabbani).KAD `09 bertemakan kehidupan manusia yang melalui lima dunia (alam) iaitu roh, kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat. Kelima-lima dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, tayangan multimedia, pentomen dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk ditempuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja.

    Tiket RM 5 : kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahunRM 10 : golongan remaja dan dewasa RM50 : VIP.
    Pakej istimewa!!RM 100 : 2 tiket VIP dan 4 tiket kanak-kanak.
    Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi `roadshow' KAD `09, wakil-wakil GAMIS di setiap institusi pengajian tinggi (IPT)dan di setiap zon, belian tiket `online' dari iLuvislam.com, serta pejabat Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.
    Tiket juga boleh dibeli didapati di Kolej Islam Antarabangsa dengan menghubungi Saudara Syazman di talian 013-3710336 begin_of_the_skype_highlighting 013-3710336 end_of_the_skype_highlighting.
    Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.


    Expo Entreprenurship IIC

  • Nasyeed Club IIC
  • Bismillahirrahmanirrahim..
    Alhamdulillah...
    Kolej Islam Antarabangsa telah mengadakan Expo Entreprenurship IIC, yang dianjurkan oleh Pihak Student Representative Council a.k.a SRC, International Islamic College.

    Antara program yang diadakan ialah:
    - Jualan daripada wakil2 club antaranya: Nasyeed Club, Arabic dan sebagainya
    - Kutipan derma untuk anak2 yatim (termasuk barang yang tak diperlukan+masih baik)
    - Persembahan Teater
    - Karaoke Nasyid
    - Ceramah
    - Persembahan Nasyid
    - Mini Forum
    - Download lagu


    dan banyak lagi........


    Program ini bermula pada 21 Julai - 24 Julai 2009,
    Dari jam 10.00 pagi - 5.00 petang..
    Masuk adalah percuma!!!!
    Semua di jemput hadir bagi memeriahkan Expo ini...(tak kira dari negeri mana)

    Nak promote sikit...
    Ahlan Wa Sahlan tu our Booth...
    iaitu Nasyeed Booth...Booth no 9 ye...diulangi no 9...
    Selain peniaganya yang ramah tamah dan manis senyuman...
    Barang yang di jual amat murah dan menarik..
    Bersesuaian dengan tema kami:
    "Berniaga sambil Beramal"


    Sekalung Penghargaan Buat:
    Pihak SRC,Team Nasyeed Club,Team Arabic Club,Team Theatre Club,HPA,iluvislam.com, serta warga IIC yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival ini..

    Moga Allah MerahmatiMu....