Nasyeed Club "SANTAI" Meeting
Apa orang barat kata tentang wanita islam?
Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan. Sebagai contoh R. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata, "ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tida orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya simpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang menghairahkan.
Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.
Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatau budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah (yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam!."
*Quran saintifik oleh dr danial zainal abidin
Jom Sertai Konvoi Nasional VIVA GAZA !!
Untuk makluman pihak tuan/puan, satu konvoi yang terdiri dari 20 kapal dari seluruh dunia, akan bergerak dari Turki ke pantai Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. MAPIM sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia sedang mengusahakan bantuan dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut. Sehubungan dengan itu, marilah bersama-sama kita menjayakan konvoi nasional 8 Mei 2010 ini bersama-sama menunjukkan sokongan padu kita walaupun kita tidak dapat bersama-sama menyertai konvoi menaiki Kapal ke Gaza. JIHAD FISABILILLAH!
Audition (IPTIM 2010)
Perjumpaan
Kembali Menyinar
Assalamu'alaikum wbt dan Salam sejahtera ke atas kalian. Syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang diberi.
Alhamdulillah pada awal tahun 2010 ini, Nasyeed Club telah memperbaharui semula Ahli Jawatan Kuasa. Tahniah diucapkan bagi yang terpilih. InsyaAllah pada masa akan datang, saya akan senaraikan ahli-ahli jawatankuasa juga aktiviti-aktiviti yang akan di anjurkan di dalam Nasyeed Club.
Wassalam.
*akan bersambung*
BERITA TERGEMPAR
About Me
- Nasyeed Club IIC
- Telah ditubuhkan di International Islamic College pada 8 februari 2005..Merupakan satu wadah hiburan yang baik untuk anda semua....teruskan menyokong kerana disinilah platform anda untuk berhibur dan berkongsi Ilmu... Syukran Jazilan
Mainboard NC
Vice President
~Nur Fatin binti Nordin
Secretary
Assistant Secretary
Treasurer
Assistant Treasurer
Multimedia and Information
Promotion & Marketing
Followers
Sahabat
-
12 years ago
-
||| Keluarga Baru :) |||12 years ago
-
Nasyeed Club "SANTAI" Meeting13 years ago
-
Ramadhan Datang Lagi14 years ago
-
TESTING14 years ago
Program
Perubahan Minda!
Perluaskan akal dan janganlah persempitkannya. Berlapang dadalah dalam semua hal. Ingatlah, sesungguhnya taksub kepada sesuatu hal termasuk taksub kepada Mazhab adalah satu ancaman terhadap perkembangan minda umat Islam ke arah yang lebih positif dan berdaya saing. Taksub menyebabkan pemikiran seseorang menjadi sempit, beku, tidak adil dalam membuat penilaian dan tidak mampu mencetuskan idea - idea baru yang lebih segar."
♥ Ilmu ♥
Wal 'asr
Borak2
Blog Archive
-
►
2010
(8)
- ► 05/09 - 05/16 (1)
- ► 04/11 - 04/18 (1)
- ► 03/28 - 04/04 (1)
- ► 03/14 - 03/21 (1)
- ► 02/21 - 02/28 (4)
-
►
2009
(3)
- ► 07/19 - 07/26 (2)
- ► 07/05 - 07/12 (1)